Sesungguhnya solat fardu mempunyai timbangan di sisi Allah

TEKS BAHASA ARAB

إن للصلاة المكتوبة عند الله وزنا؛ من انتقص منها شيئا حوسب به فيها على ما انتقص.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya solat fardu mempunyai timbangan di sisi Allah. Barang siapa yang mengurangkan timbangan tersebut, dia akan dihisab atas pengurangan yang dia lakukan tersebut.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 303, hadis nombor 1605. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة – رضي الله عنها -، قَالَت: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إن للصلاة المكتوبة عند الله وزنًا؛ من انتقص منها شيئًا حوسب به فيها على ما انتقص)). [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5294)].

(Palsu) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya solat fardu mempunyai timbangan di sisi Allah. Barang siapa yang mengurangkan timbangan tersebut, dia akan dihisab atas pengurangan yang dia lakukan tersebut.” [Riwayat al-Asbahani dalam al-Targhib. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5294].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs