Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ لِلصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ عِنْدَ اللهِ وَزْنًا؛ مَنِ انْتَقَصَ مِنْهَا شَيْئًا حُوسِبَ بِهِ فِيهَا عَلَى مَا انْتَقَصَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya solat fardu mempunyai timbangan di sisi Allah. Barang siapa yang mengurangkan timbangan tersebut, dia akan dihisab atas pengurangan yang dia lakukan tersebut.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 303, hadis no. 1605. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة – رضي الله عنها -، قَالَت: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إن للصلاة المكتوبة عند الله وزنًا؛ من انتقص منها شيئًا حوسب به فيها على ما انتقص)). [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5294)].
(Palsu) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya solat fardu mempunyai timbangan di sisi Allah. Barang siapa yang mengurangkan timbangan tersebut, dia akan dihisab atas pengurangan yang dia lakukan tersebut.” [Riwayat al-Asbahani dalam al-Targhib. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5294].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman