TEKS BAHASA ARAB
في السواك عشر خصال: مطهرة للفم، مرضاة للرب، ومسخطة للشيطان، ومحبة للحفظة، ويشد اللثة، ويطيب الفم، ويقطع البلغم، ويطفىء المرة، ويجلو البصر، ويوافق السنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya siwak itu ada 10 kebaikan: Alat pembersih kepada mulut, keredhaan bagi tuhan, membuatkan kemarahan bagi syaitan, kecintaan bagi orang yang menjaga (siwak), menguatkan gusi, memperelokkan mulut, mengurangkan kahak, menajamkan penglihatan (mata) dan menepati sunnah Rasulullah SAW.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1179, hadis nombor 5969. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا -: ((في السواك عشر خصال: مطهرة للفم، مرضاة للرب، ومسخطة للشيطان، ومحبة للحفظة، ويشد اللثة، ويطيب الفم، ويقطع البلغم، ويطفىء المرة، ويجلو البصر، ويوافق السنة)). [فر، ((الضعيفة)) (4016)]
(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya siwak itu ada 10 kebaikan: Alat pembersih kepada mulut, keredhaan bagi tuhan, membuatkan kemarahan bagi syaitan, kecintaan bagi orang yang menjaga (siwak), menguatkan gusi, memperelokkan mulut, mengurangkan kahak, menajamkan penglihatan (mata) dan menepati sunnah Rasulullah SAW.
[Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 4016]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.