Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ التبيُّنَ من اللهِ والعجلةَ من الشيطانِ؛ فتبيَّنُوا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya sikap tabayyun (meneliti sesuatu berita) itu daripada Allah, dan sifat gopoh gapah itu datang daripada syaitan, maka hendaklah kamu semua bertabayyun.
Sahabat Perawi
- al-Hasan
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 148-149, hadis no. 750. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الحسن، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إن التبين من الله والعجلة من الشيطان؛ فتبينوا)). [الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، ((الضعيفة)) (7158)]
(Daif) Daripada al-Ḥasan, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya sikap tabayyun (meneliti sesuatu berita) itu daripada Allah, dan sifat gopoh gapah itu datang daripada syaitan, maka hendaklah kamu semua bertabayyun. [Riwayat al-Kharā’iṭī dalam Makārim al-Akhlāq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7158]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman