Sesungguhnya sifat marah itu adalah daripada syaitan

TEKS BAHASA ARAB

إن الغضب من الشيطان، وإن الشيطان خلق من النار، وإنما تطفأ النار بالماء، فإذا غضب أحدكم فليتوضأ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya sifat marah itu adalah daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api. Sesungguhnya api itu mampu dipadamkan dengan air; maka apabila seorang daripada kamu berasa marah hendaklah dia berwuduk.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 18, hadis nombor 34. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عطية السعدي – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن الغضب من الشيطان، وإن الشيطان خلق من النار، وإنما تطفأ النار بالماء، فإذا غضب أحدكم فليتوضأ)).
[حم، تخ، د، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (582)]

(Lemah) Daripada ‘Athiyyah al-Sa’di RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya sifat marah itu adalah daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api. Sesungguhnya api itu mampu dipadamkan dengan air; maka apabila seorang daripada kamu berasa marah hendaklah dia berwuduk.
[Riwayat Musnad Aḥmad bin Ḥanbal, al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, Sunan Abī Dāwud, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.582]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs