Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الغضبَ من الشيطانِ وإنَّ الشيطانَ خُلقَ من النَّارِ وإنَّما تُطفأُ النَّارُ بالماءِ فإذا غضب أحدُكم فليتوضأْ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya sifat marah itu adalah daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api. Sesungguhnya api itu mampu dipadamkan dengan air; maka apabila seorang daripada kamu berasa marah hendaklah dia berwuduk.
Sahabat Perawi
- ‘Athiyyah al-Sa’di RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 18, hadis no. 34. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عطية السعدي - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إن الغضب من الشيطان، وإن الشيطان خلق من النار، وإنما تطفأ النار بالماء، فإذا غضب أحدكم فليتوضأ)). [حم، تخ، د، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (582)]
(Daif) Daripada ‘Athiyyah al-Sa’di RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya sifat marah itu adalah daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api. Sesungguhnya api itu mampu dipadamkan dengan air; maka apabila seorang daripada kamu berasa marah hendaklah dia berwuduk. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal, al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, Abī Dāwud, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.582]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman