Sesungguhnya sifat malu merupakan sebahagian daripada syariat Islam

TEKS BAHASA ARAB

إن الحياء من شرائع الإسلام، وإن البذاء من لؤم المرء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya sifat malu merupakan sebahagian daripada syariat Islam. Dan sesungguhnya ucapan keji itu adalah daripada sifat tercela seseorang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 41, hadis nombor 161. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه -، قال: جاء قوم إلى النبي صلى الله عليه وسلم بصاحبهم فقالوا: يا نبي الله! إن صاحبنا هذا قد أفسده الحياء، فقال صلى الله عليه وسلم: ((إن الحياء من شرائع الإسلام، وإن البذاء من لؤم المرء)).
[طب، ((الضعيفة)) (2996)]

(Lemah) Daripada ‘Abdullah ibn Mas‘ūd RA berkata: Suatu kaum datang kepada Nabi SAW dengan sahabat mereka lalu mereka berkata: Wahai Nabi Allah, sesungguhnya sahabat kami ini telah dirosakkan oleh perasaan malu. Lalu Nabi SAW telah bersabda: Sesungguhnya sifat malu merupakan sebahagian daripada syariat Islam. Dan sesungguhnya ucapan keji itu adalah daripada sifat tercela seseorang.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2996]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs