Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الحياءَ من شرائعِ الإسلامِ، وإنَّ البذاءَ منْ لؤمِ المرءِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya sifat malu merupakan sebahagian daripada syariat Islam. Dan sesungguhnya ucapan keji itu adalah daripada sifat tercela seseorang.
Sahabat Perawi
- ‘Abdullah bin Mas‘ūd RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 41, hadis no. 161. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود - رضي الله عنه -، قال: جاء قوم إلى النبي صلى الله عليه وسلم بصاحبهم فقالوا: يا نبي الله! إن صاحبنا هذا قد أفسده الحياء، فقال صلى الله عليه وسلم: ((إن الحياء من شرائع الإسلام، وإن البذاء من لؤم المرء)). [طب، ((الضعيفة)) (2996)]
(Daif) Daripada ‘Abdullah ibn Mas‘ūd RA berkata: Suatu kaum datang kepada Nabi SAW dengan sahabat mereka lalu mereka berkata: Wahai Nabi Allah, sesungguhnya sahabat kami ini telah dirosakkan oleh perasaan malu. Lalu Nabi SAW telah bersabda: Sesungguhnya sifat malu merupakan sebahagian daripada syariat Islam. Dan sesungguhnya ucapan keji itu adalah daripada sifat tercela seseorang. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2996]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman