Sesungguhnya sifat cemburu itu sebahagian daripada keimanan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الغيرة من الإيمان، وإن المذاء من النفاق، و(المذاء): الديوث.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya sifat cemburu itu sebahagian daripada keimanan, manakala sifat al-Mazza’ (dayus) merupakan sebahagian daripada nifaq”. (al-Mazza’ sama dengan al-Dayyuth).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 150 hadis nombor 756. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن زيد بن أسلم، قال: قال صلى الله عليه وسلم: إن الغيرة من الإيمان، وإن المذاء من النفاق، و(المذاء): الديوث.
[هب، ((الضعيفة)) (7075)]

(Lemah)
Daripada Zaid bin Aslam beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya sifat cemburu itu sebahagian daripada keimanan, manakala sifat al-Mazza’ (dayus) merupakan sebahagian daripada nifaq”. (al-Mazza’ sama dengan al-Dayyuth).
[Riwayat Syu’ab al-Iman oleh al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7075]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.