Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya sifat cemburu itu sebahagian dari keimanan, manakala sifat Al-Mazza’ (dayus) merupakan sebahagian dari nifaq”. (al-Mazza’ sama dengan al-Dayyuth)

Teks Bahasa Arab

إِنَّ الْغيْرَةَ مِنَ الْإِيمَانِ، وَإِنَّ الْمَذّاءَ مِنَ النِّفَاقِ، و (المذّاء) : الدّيوثُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya sifat cemburu itu sebahagian dari keimanan, manakala sifat Al-Mazza’ (dayus) merupakan sebahagian dari nifaq”. (al-Mazza’ sama dengan al-Dayyuth).

Sahabat Perawi

  1. Zaid bin Aslam

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 150, hadis no. 756. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زيد بن أسلم، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إِنَّ الْغيْرَةَ مِنَ الْإِيمَانِ، وَإِنَّ الْمَذّاءَ مِنَ النِّفَاقِ، و (المذّاء) : الدّيوثُ)). [هب، ((الضعيفة)) (7075)]

(Daif) Daripada Zaid bin Aslam beliau berkata : Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya sifat cemburu itu sebahagian dari keimanan, manakala sifat Al-Mazza’ (dayus) merupakan sebahagian dari nifaq”. (al-Mazza’ sama dengan al-Dayyuth).” [Riwayat Syu’ab al-Iman oleh al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7075]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.