Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Shihab itu ialah nama syaitan

Teks Bahasa Arab

إنَّ شهابَ اسمُ شيطانٍ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Shihāb itu ialah nama syaitan.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 569, hadis no. 2946.

(منكر) عن عائشة - رضي الله عنها –، قالت: سمع النبي ﷺ رجلاً يقال له: شهاب، قال: «بل أنت هشام [إنَّ ‌شهابَ ‌اسمُ شَيطانِ]». [هب، «الضعيفة» (7112)]

(Munkar) Daripada ‘Āishah RA telah berkata: “Nabi ﷺ telah mendengar seorang lelaki yang digelar Shihāb, Baginda ﷺ telah bersabda: “Tetapi kamu ialah Hishām [sesungguhnya Shihāb itu ialah nama syaitan].” [Riwayat al-Bayhaqī dalam kitab Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, nombor 7112].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.