Sesungguhnya setiap urusan ada ketua

TEKS BAHASA ARAB

إن لكل شيء شيخا. وشيخ الجهاد: الرباط في سبيل الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya setiap urusan ada ketua. Ketua bagi jihad adalah mengawal kawasan sempadan kerana berjuang jalan Allah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 251, hadis nombor 194. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر.
أخرجه العقيلي (80/2) من طريق سليمان بن الحجاج الطائفي عن خالد بن سعيد عن أبي حازم عن سهل بن سعد مرفوعا. قال العقيلي: سليمان بن الحجاج الغالب على حديثه الوهم وهذا الحديث لا أصل له .
ووافقه الذهبي في الميزان (2/ 199) في حكمه على الحديث، ولكنه قال سليمان بن حجاج لا يعرف غداده في أهل الطائف .

Munkar. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-‘Uqaili (2/80) melalui sanad Sulayman bin al-Hajjaj al-Tha’eifi daripada Khalid bin Sa’id daripada Abu Hazim daripada Sahl bin Sa’d secara marfu’.
Al-‘Uqaili berkata: "Sulayman bin al-Hajjaj kebanyakan hadithnya terdapat kekeliruan. Hadith ini tidak ada asalnya". Al-Zahabi dalam al-Mizan (2/199) bersetuju dengan beliau dalam penilaian terhadap hadith itu. Namun, beliau berkata: "Sulayman bin Hajjaj tidak dikenali, keturunannya dalam kalangan ahli Ta’if".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs