Sesungguhnya setiap sesuatu itu mempunyai kemuliaannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن لكل شيء أنفة، وإن أنفة الصلاة التكبيرة الأولى، فحافظوا عليها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya setiap sesuatu itu mempunyai kemuliaannya, dan kemuliaan bagi solat ialah takbir yang pertama. Maka peliharalah kamu akannya (dengan mengamalkannya).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 267, hadis nombor 1391. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي عبيد الحاجب، قال: سمعت شيخا في المسجد الحرام يقول: قال أبو الدرداء قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:.((إن لكل شيء أنفة، وإن أنفة الصلاة التكبيرة الأولى، فحافظوا عليها)). قال أبو عبيد: فحدثت به رجاء بن حيوة، فقال: حدثتنيه أم الدرداء عن أبي الدرداء [عن النبي – صلى الله عليه وسلم -]. [البزار، حل، ((الضعيفة)) (2621)]

(Lemah)
Daripada Abu ‘Ubaid al-Hajib, beliau berkata: Aku mendengar seorang syeikh di dalam Masjid al-Haram, beliau berkata: Abu al-Darda’ berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap sesuatu itu mempunyai kemuliaannya, dan kemuliaan bagi solat ialah takbir yang pertama. Maka peliharalah kamu akannya (dengan mengamalkannya). Abu ‘Ubaid berkata: Lalu aku pun menceritakannya kepada Raja’ bin Haiwah, dan beliau berkata: Ummu al-Darda’ telah menceritakannya kepadaku, daripada Abu al-Darda’, daripada Nabi SAW.
[Riwayat al-Bazzar dan Abu Nu'aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2621]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.