Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada pencucinya dan pencuci bagi hati adalah zikir kepada Allah

Teks Bahasa Arab

إن لكل شيء صقالة، وإن صقالة القلوب ذكر الله.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada penyucinya dan penyuci bagi hati adalah zikir kepada Allah.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1489, hadis no. 7597. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله ابن عمر رضي الله عنهما عن النبي - صلى الله عليه وسلم - أنه كان يقول: إن لكل شيء صقالة، وإن صقالة القلوب ذكر الله. [ هب، ((الضعيفة))(4987)].

(Palsu) Daripada Abdullah bin Umar R.A daripada Nabi SAW pernah berkata: “Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada penyucinya dan penyuci bagi hati adalah zikir kepada Allah.” [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4987]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.