Sesungguhnya setiap perkara itu mempunyai kemuliaan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن لكل شيء شرفا، وإن أشرف المجالس ما استقبل به القبلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya setiap perkara itu mempunyai kemuliaan; dan majlis yang paling mulia adalah majlis yang menghadap ke arah kiblat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 267, hadis nombor 1392. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((إن لكل شيء شرفا، وإن أشرف المجالس ما استقبل به القبلة)). [ابن سعد، طب، ابن بشران في ((الكراس الأخير من جزء الثلاثين))، أبو حفص الكتاني في جزء من ((حديثه))، ك، القضاعي، ((الضعيفة)) (2786) (5218)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya setiap perkara itu mempunyai kemuliaan; dan majlis yang paling mulia adalah majlis yang menghadap ke arah kiblat.
[Riwayat Ibn Sa’d, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn Bishran dalam al-Karas al-Akhir Min al-Juz’ al-Thalathin, Abu Hafs al-Kattani dalam juzuk daripada hadis beliau, al-Hakim dalam Mustadrak beliau dan al-Quda’i. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2786, 5218]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.