Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن َّلكلِّ شيءٍ شرفًا، وإنَّ أشرفَ المجالسِ ما استُقبِلَ بهِ القبلةَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya setiap perkara itu mempunyai kemuliaan; dan majlis yang paling mulia adalah majlis yang menghadap ke arah kiblat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 267, hadis no. 1392. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((إن لكل شيء شرفا، وإن أشرف المجالس ما استقبل به القبلة)). [ابن سعد، طب، ابن بشران في ((الكراس الأخير من جزء الثلاثين))، أبو حفص الكتاني في جزء من ((حديثه))، ك، القضاعي، ((الضعيفة)) (2786) (5218)]
(Daif) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya setiap perkara itu mempunyai kemuliaan; dan majlis yang paling mulia adalah majlis yang menghadap ke arah kiblat. [Riwayat Ibn Sa’d, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn Bishran dalam al-Karas al-Akhir Min al-Juz’ al-Thalathin, Abu Hafs al-Kattani dalam juzuk daripada hadis beliau, al-Hakim dalam Mustadrak beliau dan al-Quda’i. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2786, 5218]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman