Sesungguhnya setiap orang yang pemurah itu di dalam syurga, wajiblah ke atas Allah, dan aku baginya sebagai penjamin

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ألا إن كل جواد في الجنة؛ حتم على الله، وأنا به كفيل، ألا وإن كل بخيل في النار؛ حتم على الله، وأنا به كفيل. قالوا: يا رسول الله! من الجواد ومن البخيل؟ قال: الجواد من جاد بحقوق الله في ماله، والبخيل من منع حقوق الله وبخل على ربه، وليس الجواد من أخذ حراما وأنفق إسرافا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya setiap orang yang pemurah itu di dalam syurga, wajiblah ke atas Allah, dan aku baginya sebagai penjamin. Sesungguhnya setiap orang yang kedekut itu di dalam neraka, wajiblah ke atas Allah, dan aku menjadi penjaminnya. Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah yang pemurah dan siapakah yang kedekut? Baginda bersabda: Orang yang pemurah itu ialah orang yang menunaikan hak Allah dalam hartanya, manakala orang yang kedekut pula ialah orang yang menghalang hak Allah dan bakhil terhadap Tuhannya. Tidaklah seorang yang pemurah itu yang mengambil perkara yang haram dan membelanjakan harta secara boros.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 801, hadis nombor 4132. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((ألا إن كل جواد في الجنة؛ حتم على الله، وأنا به كفيل، ألا وإن كل بخيل في النار؛ حتم على الله، وأنا به كفيل)). قالوا: يا رسول الله! من الجواد ومن البخيل؟ قال: ((الجواد من جاد بحقوق الله في ماله، والبخيل من منع حقوق الله وبخل على ربه، وليس الجواد من أخذ حراما وأنفق إسرافا)). [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5259)]

(Munkar) Daripada Abū Hurairah RA daripada Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap orang yang pemurah itu di dalam syurga, wajiblah ke atas Allah, dan aku baginya sebagai penjamin. Sesungguhnya setiap orang yang kedekut itu di dalam neraka, wajiblah ke atas Allah, dan aku menjadi penjaminnya.” Mereka berkata: “Wahai Rasulullah! Siapakah yang pemurah dan siapakah yang kedekut?” Baginda bersabda: “Orang yang pemurah itu ialah orang yang menunaikan hak Allah dalam hartanya, manakala orang yang kedekut pula ialah orang yang menghalang hak Allah dan bakhil terhadap Tuhannya. Tidaklah seorang yang pemurah itu yang mengambil perkara yang haram dan membelanjakan harta secara boros”. [Riwayat al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb wa al-Tarhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5259]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.