Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya setiap Nabi mempunyai Khalil (kekasih). Dan kekasih aku adalah Uthman

Teks Bahasa Arab

إِنَّ لِكُلِّ نَبِيٍّ خَلِيلا مِنْ أمته وَإِن خليلي عُثْمَان.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya setiap Nabi mempunyai Khalil (kekasih). Dan kekasih aku adalah Uthman.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. al-Fattanī (m. 986H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 94. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فِي الذيل «إِنَّ لِكُلِّ نَبِيٍّ خَلِيلا مِنْ أمته وَإِن خليلي عُثْمَان» من أباطيل الْمَلْطِي.

Dalam kitab al-Zayl (kitab koleksi hadis palsu oleh al-Suyuti): Sesungguhnya setiap Nabi mempunyai Khalil (kekasih). Dan kekasih aku adalah Uthman”. Ia merupakan rekaan al-Malti.

Rujukan

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.