TEKS BAHASA ARAB
إن لكل نبي يوم القيامة منبرا من نور وإني لعلى أطولها وأنورها فيجيء مناد ينادي: أين النبي الأمي؟ قال: فيقول الأنبياء: كلنا نبي أمي فإلى أينا أرسل؟ فيرجع الثانية فيقول: أين النبي العربي؟ قال: فينزل محمد حتى يأتي باب الجنة فيقرعه فيقول: من؟ فيقول: محمد أو أحمد فيقال: أوقد أرسل إليه؟ فيقول: نعم. فيفتح له فيدخل فيتجلى له الرب ولا يتجلى لنبي قبله فيخر لله ساجدا ويحمده بمحامد لم يحمده أحد ممن كان قبله ولن يحمده أحد بها ممن كان بعده فيقال له: محمد ارفع رأسك تكلم تسمع واشفع تشفع…فذكر الحديث.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya setiap nabi memiliki sebuah mimbar yang diperbuat daripada cahaya pada hari Kiamat . Mimbarku adalah yang paling tinggi dan paling bercahaya. Seorang penyeru akan memanggil, Di manakah Nabi yang ummiy? Maka para nabi menjawab: Kami semua adalah nabi yang ummiy. Siapakah yang kamu maksudkan? Penyeru tersebut memanggil kali kedua: Di manakah Nabi yang berbangsa Arab? Maka Muhammad turun dari mimbarnya, lalu mendatangi pintu syurga lantas mengetuknya. Si penyeru bertanya: Siapakah di luar? Baginda menjawab, Saya adalah Muhammad atau Ahmad. Si penyeru bertanya lagi, Adakah dia sudah diutuskan? Baginda menjawab, Ya. Maka pintu pun dibuka, lalu Allah menjelma kepada Baginda. Dia tidak pernah menjelma kepada mana-mana Nabi sebelum Baginda. Baginda segera merebahkan diri bersujud kepada Allah, memuji-Nya dengan puji-pujian yang tidak pernah diucapkan oleh mana-mana makhluk sebelum Baginda, dan tidak akan mampu diucapkan oleh sesiapa selepas Baginda. Maka diserukan kepada Baginda, Wahai Muhammad, angkat kepala anda, bercakaplah, anda akan didengari, berilah syafaat, anda akan diberikan syafaat.
STATUS
Munkar dengan konteks ini.
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1082-1083, hadis nombor 5512. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا السياق) عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن لكل نبيٍّ يومَ القيامة منبرًا من نور وإني لَعلى أطولها وأنورها فيجي منادٍ ينادي: أين النبي الأمي؟ قال: فيقول الأنبياء: كلنا نبي أمي؛ فإلى أيِّنا أرسل؟ فَيَرْجِعُ الثَّانِيَةَ فَيَقُولُ: أَيْنَ النَّبِيُّ الْعَرَبِيُّ؟ قَالَ: فَيَنْزِلُ مُحَمَّدٌ حَتَّى يَأْتِيَ بَابَ الْجَنَّةِ فَيَقْرَعَهُ فَيَقُولُ: مَنْ؟ فَيَقُولُ: مُحَمَّدٌ أَوْ أَحْمَدُ فَيُقَالُ: أَوَقَدْ أُرْسِلَ إِلَيْهِ؟ فَيَقُولُ: نَعَمْ.فَيُفْتَحُ لَهُ فَيَدْخُلُ فَيَتَجَلَّى لَهُ الرَّبُّ وَلَا يَتَجَلَّى لِنَبِيٍّ قَبْلَهُ فَيَخِرُّ لِلَّهِ سَاجِدًا وَيَحْمَدُهُ بِمَحَامِدَ لَمْ يَحْمَدْهُ أَحَدٌ مِمَّنْ كَانَ قَبْلَهُ وَلَنْ يَحْمَدَهُ أَحَدٌ بِهَا مِمَّنْ كَانَ بَعْدَهُ فَيُقَالُ لَهُ: مُحَمَّدُ ارْفَعْ رَأْسَكَ تَكَلَّمْ تُسْمَعْ وَاشْفَعْ تُشَفَّعْ،…فذكر الحديث. [حب، الضعيفة (6491)].
(Munkar dengan konteks ini) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap nabi memiliki sebuah mimbar yang diperbuat daripada cahaya pada hari Kiamat . Mimbarku adalah yang paling tinggi dan paling bercahaya. Seorang penyeru akan memanggil, Di manakah Nabi yang ummiy? Maka para nabi menjawab: Kami semua adalah nabi yang ummiy. Siapakah yang kamu maksudkan? Penyeru tersebut memanggil kali kedua: Di manakah Nabi yang berbangsa Arab? Maka Muhammad turun dari mimbarnya, lalu mendatangi pintu syurga lantas mengetuknya. Si penyeru bertanya: Siapakah di luar? Baginda menjawab, Saya adalah Muhammad atau Ahmad. Si penyeru bertanya lagi, Adakah dia sudah diutuskan? Baginda menjawab, Ya. Maka pintu pun dibuka, lalu Allah menjelma kepada Baginda. Dia tidak pernah menjelma kepada mana-mana Nabi sebelum Baginda. Baginda segera merebahkan diri bersujud kepada Allah, memuji-Nya dengan puji-pujian yang tidak pernah diucapkan oleh mana-mana makhluk sebelum Baginda, dan tidak akan mampu diucapkan oleh sesiapa selepas Baginda. Maka diserukan kepada Baginda, Wahai Muhammad, angkat kepala anda, bercakaplah, anda akan didengari, berilah syafaat, anda akan diberikan syafaat. [Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6491]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.