TEKS BAHASA ARAB
إن لكل نبي خاصة من أصحابه، وإن خاصتي من أصحابي أبو بكر وعمر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya setiap nabi ada sahabat yang dikhaskan untuknya daripada para sahabatnya, dan orang itu untukku ialah Abu Bakar dan Umar.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1827, hadis nombor 9212. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن علقمة مرفوعاً: ((إن لكل نبي خاصّةً من أصحابه، وإن خاصتي من أصحابي أبو بكر وعمر)). [طب، ابن صدقة البزار في ((حديث أبي بكر محمد بن إبراهيم القرشي العدوي))، ((الضعيفة)) (3009)]
(Sangat Lemah) Daripada ‘Alqamah, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya setiap nabi ada sahabat yang dikhaskan untuknya daripada para sahabatnya, dan orang itu untukku ialah Abu Bakar dan Umar. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Ibn Sodaqoh al-Bazzār dalam Hadis Abu Bakar Muhammad bin Ibrahim al-Qurasyi al-‘Aduwiy. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3009]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.