Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ لكلِّ يومًا نَحْسًا فادفعوا نَحْسَ ذلكَ اليومِ بالصدقةِ
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya setiap itu ada kecelakaan, maka hindarilah kecelakaan dengan bersedekah.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 903, hadis no. 4628. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) إن لكل يوم نحسا؛ فادفعوا نحس ذلك اليوم بالصدقة. [ابن مردويه, الضعيفة (6699)]
(Munkar) Sesungguhnya setiap itu ada kecelakaan, maka hindarilah kecelakaan dengan bersedekah. [Ibn Marduyah, Al-Dha’ifah no 6699].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman