Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya setiap helai rambut orang yang berpuasa

Teks Bahasa Arab

حديث: إنه يسبح من الصائم كل شعره ويوضع للصائمين والصائمات يوم القيامة تحت العرش مائدة من ذهب _ إلخ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesungguhnya setiap helai rambut orang yang berpuasa bertasbih dan diletakkan bagi lelaki dan wanita yang berpuasa pada hari kiamat bekas makanan daripada emas di bawah ‘arash… hingga akhir hadis.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 90, hadis no. 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في إسناده: أبو عصمة وضاع.

Pada sanadnya terdapat perawi bernama Abu Ismah, seorang pereka hadith palsu.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.