Sesungguhnya sesiapa dari kalangan umatku yang datang ke pasar lalu dia membeli pakaian dengan setengah dinar atau sepertiga dinar

TEKS BAHASA ARAB

إن من أمتي من يأتي السوق، فيبتاع القميص بنصف دينار أو ثلث دينار، فيحمد الله إذا لبسه، فلا يبلغ ركبتيه حتى يغفر له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya sesiapa dari kalangan umatku yang datang ke pasar lalu dia membeli pakaian dengan setengah dinar atau sepertiga dinar, kemudian dia memuji Allah ketika dia memakainya maka belum sempat sampai pakaian itu ke lututnya, akan diampunkan baginya dosa-dosanya.

STATUS

Mawdu’

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1582, hadis nombor 8006. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي أمامة -رضي الله عنه -، قال: قال – صلى الله عليه وسلم-: ((إن من أمتي من يأتي السوق، فيبتاع القميص بنصف دينار أو ثلث دينار، فيحمد الله إذا لبسه، فلا يبلغ ركبتيه حتى يغفر له)). [طب، ((الضعيفة)) (7123)].

(Mawdu’)
Daripada Abi Umamah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya sesiapa dari kalangan umatku yang datang ke pasar lalu dia membeli pakaian dengan setengah dinar atau sepertiga dinar, kemudian dia memuji Allah ketika dia memakainya maka belum sempat sampai pakaian itu ke lututnya, akan diampunkan baginya dosa-dosanya.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7123)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.