Mawdu'
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ مِنْ أُمَّتِي مَنْ يَأْتِي السُّوقَ، فَيَبْتَاعُ الْقَمِيصَ بنصْفِ دِينَارٍ أَوْ ثُلُثِ دِينَارٍ، فَيَحْمَدُ اللَّهَ إِذَا لَبِسَهُ، فَلا يَبْلُغُ رُكْبَتَيْهِ حَتَّى يُغْفَرَ لَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya sesiapa dari kalangan umatku yang datang ke pasar lalu dia membeli pakaian dengan setengah dinar atau sepertiga dinar, kemudian dia memuji Allah ketika dia memakainya maka belum sempat sampai pakaian itu ke lututnya, akan diampunkan baginya dosa-dosanya.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Mawdu'
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1582, hadis no. 8006. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي أمامة -رضي الله عنه -، قال: قال - صلى الله عليه وسلم-: ((إن من أمتي من يأتي السوق، فيبتاع القميص بنصف دينار أو ثلث دينار، فيحمد الله إذا لبسه، فلا يبلغ ركبتيه حتى يغفر له)). [طب، ((الضعيفة)) (7123)].
(Mawdu') Daripada Abi Umamah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya sesiapa dari kalangan umatku yang datang ke pasar lalu dia membeli pakaian dengan setengah dinar atau sepertiga dinar, kemudian dia memuji Allah ketika dia memakainya maka belum sempat sampai pakaian itu ke lututnya, akan diampunkan baginya dosa-dosanya.)) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7123)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman