Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya seseorang yang melintasi di hadapan seorang lelaki yang sedang solat secara sengaja

Teks Bahasa Arab

إن الذي يَمُرُّ بين يَدَيِ الرجلِ وهو يصلي عَمْدًا يتمنى يومَ القيامةِ أنه شجرةٌ يابسةٌ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya seseorang yang melintasi di hadapan seorang lelaki yang sedang solat secara sengaja, nescaya dia akan bercita-cita pada hari Kiamat kelak bahawa dia adalah sekadar sepohon pokok yang kering.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 271, hadis no. 1409. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عن عبد الله بن عمرو بن العاص -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((‌إن ‌الذي ‌يمر ‌بين ‌يدي ‌الرجل ‌وهو ‌يصلي ‌عمدا ‌يتمنى ‌يوم ‌القيامة ‌أنه ‌شجرة ‌يابسة)). [طس، ((الضعيفة)) (‌‌3033)]

(Daif) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya seseorang yang melintasi di hadapan seorang lelaki yang sedang solat secara sengaja, nescaya dia akan bercita-cita pada hari Kiamat kelak bahawa dia adalah sekadar sepohon pokok yang kering. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3033]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.