TEKS BAHASA ARAB
إن الذي يتخطى رقاب الناس يوم الجمعة، ويفرق بين اثنين بعد خروج الإمام كالجار قصبه في النار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya seseorang yang melangkah leher-leher manusia pada hari Jumaat, dan memisahkan antara dua orang lelaki (untuk dia melalui di tengah mereka) setelah imam keluar (untuk mula berkhutbah) adalah seperti seseorang yang menarik isi perutnya dalam api neraka.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 267, hadis nombor 1389. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن الأرقم المخزومي – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن الذي يتخطى رقاب الناس يوم الجمعة، ويفرق بين اثنين بعد خروج الإمام كالجار قصبه في النار)). [حم، ك، طب، ابن أبي خيثمة في ((تاريخ))، ابن بشران، أبو نعيم في ((المعرفة))، ((الضعيفة)) (2811)]
(Sangat lemah)
Daripada al-Arqam al-Makhzumi RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya seseorang yang melangkah leher-leher manusia pada hari Jumaat, dan memisahkan antara dua orang lelaki (untuk dia melalui di tengah mereka) setelah imam keluar (untuk mula berkhutbah) adalah seperti seseorang yang menarik isi perutnya dalam api neraka.
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau, al-Hakim dalam Mustadrak, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn Abi Khaytsamah dalam al-Tarikh, Ibn Bishran dan Abu Nu‘aym dalam al-Ma’rifah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2811]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.