Sesungguhnya seseorang yang melangkah leher-leher manusia pada hari Jumaat

TEKS BAHASA ARAB

إن الذي يتخطى رقاب الناس يوم الجمعة، ويفرق بين اثنين بعد خروج الإمام كالجار، قصبه في النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seseorang yang melangkah leher-leher manusia pada hari Jumaat, dan memisahkan antara dua orang lelaki (untuk dia melalui di tengah mereka) setelah imam keluar (untuk mula berkhutbah) adalah seperti seseorang yang menarik isi perutnya dalam api neraka.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 201, hadis nombor 1050. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن الأرقم المخزومي – رضي الله عنه -، مرفوعا: ((إن الذي يتخطى رقاب الناس يوم الجمعة، ويفرق بين اثنين بعد خروج الإمام كالجار قصبه في النار)). [حم، ابن أبي خيثمة في ((التاريخ))، ك، ابن بشران، طب، أبو نعيم في ((المعرفة))، ((الضعيفة)) (2811)]

(Sangat Lemah)
Daripada al-Arqam al-Makhzumi RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya seseorang yang melangkah leher-leher manusia pada hari Jumaat, dan memisahkan antara dua orang lelaki (untuk dia melalui di tengah mereka) setelah imam keluar (untuk mula berkhutbah) adalah seperti seseorang yang menarik isi perutnya dalam api neraka.
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau, Ibn Abi Khaitsamah dalam al-Tarikh, al-Hakim dalam Mustadrak , Ibn Bishran, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Abu Nu’aym dalam al-Ma’rifah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2811]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs