Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الذي يَتَخَطَّى رِقابَ الناسِ يومَ الجُمُعَةِ، ويُفَرِّقُ بينَ اثْنَيْنِ بعدَ خروجِ الإمامِ، كالجارِّ قُصْبَهُ في النارِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya seseorang yang melangkah leher-leher manusia pada hari Jumaat, dan memisahkan antara dua orang lelaki (untuk dia melalui di tengah mereka) setelah imam keluar (untuk mula berkhutbah) adalah seperti seseorang yang menarik isi perutnya dalam api neraka.
Sahabat Perawi
- al-Arqam al-Makhzumi RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 201, hadis no. 1050. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن الأرقم المخزومي - رضي الله عنه -، مرفوعا: ((إن الذي يتخطى رقاب الناس يوم الجمعة، ويفرق بين اثنين بعد خروج الإمام كالجار قصبه في النار)). [حم، ابن أبي خيثمة في ((التاريخ))، ك، ابن بشران، طب، أبو نعيم في ((المعرفة))، ((الضعيفة)) (2811)]
(Terlalu Daif) Daripada al-Arqam al-Makhzumi RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya seseorang yang melangkah leher-leher manusia pada hari Jumaat, dan memisahkan antara dua orang lelaki (untuk dia melalui di tengah mereka) setelah imam keluar (untuk mula berkhutbah) adalah seperti seseorang yang menarik isi perutnya dalam api neraka. [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau, Ibn Abi Khaitsamah dalam al-Tarikh, al-Hakim dalam Mustadrak , Ibn Bishran, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Abu Nu’aym dalam al-Ma’rifah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2811]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman