Sesungguhnya seseorang yang bersujud sebelum imam bersujud

TEKS BAHASA ARAB

إن الذي يسجد قبل الإمام، ويرفع رأسه قبله، إنما ناصيته بيد الشيطان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seseorang yang bersujud sebelum imam bersujud dan mengangkat kepalanya sebelum imam mengangkat kepalanya, maka ubun-ubun kepalanya itu berada di tangan syaitan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 249, hadis nombor 1296. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – أن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((إن الذي يسجد قبل الإمام، ويرفع رأسه قبله، إنما ناصيته بيد الشيطان)). [تمام، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1657)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya seseorang yang bersujud sebelum imam bersujud dan mengangkat kepalanya sebelum imam mengangkat kepalanya, maka ubun-ubun kepalanya itu berada di tangan syaitan.
[Riwayat Tamam dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 1657]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs