Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya seseorang yang bersujud sebelum imam bersujud

Teks Bahasa Arab

إن الذي يسجدُ قبل الإمامِ، ويَرْفَعُ رأسَه قَبْلَه، إنما ناصِيَتُه بيَدِ الشيطانِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya seseorang yang bersujud sebelum imam bersujud dan mengangkat kepalanya sebelum imam mengangkat kepalanya, maka ubun-ubun kepalanya itu berada di tangan syaitan.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 249, hadis no. 1296. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - أن النبي ﷺ قال: «إن الذي يسجد قبل الإمام، ويرفع رأسه قبله، إنما ناصيته بيد الشيطان» . [تمام، ابن عساكر السمنة الضعيفة (1657)].

(Daif) Daripada Abu Hurairah ―raḍiyallāhu ‘anhu― bahawa Nabi ﷺ bersabda: Sesungguhnya seseorang yang bersujud sebelum imam bersujud dan mengangkat kepalanya sebelum imam mengangkat kepalanya, maka ubun-ubun kepalanya itu berada di tangan syaitan. [Riwayat Tamam, Ibn ‘Asakir, al-Dha‘īfah; no. 1657].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.