Tiada asal
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الرَّجلَ إذا وُلِّي ولايةً تباعدَ اللهُ عزَّ و جلَّ مِنهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya seseorang lelaki itu, apabila dia ditugaskan memerintah sesuatu wilayah, maka Allah akan menjauhinya.
Sahabat Perawi
- Abu Zar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Tiada asal
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 767, hadis no. 3917. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له) عن أبي ذر - رضي الله عنه - مرفوعاً: ((إن الرجل إذا ولي ولاية تباعد الله -عز وجل - منه)). [((الضعيفة)) (701)].
(Tiada asalnya) Daripada Abu Zar RA secara marfu’: Sesungguhnya seseorang lelaki itu, apabila dia ditugaskan memerintah sesuatu wilayah, maka Allah akan menjauhinya. [Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 701]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman