Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الرجلَ لا يكونُ مؤمنًا حتى يكونَ قلبُهُ مع لسانِهِ سواءً، ويكونَ لسانُه مع قلبِهِ سَواءً، ولا يُخالفُ قولُه عملَه، ويَأْمَنَ جارُه بوائقَه.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya seseorang itu, tidaklah seorang Mukmin sehingga hatinya dan lidahnya sama, juga lidah dan hatinya sama, dan tidak bertentangan antara perkataannya dan juga perbuatannya, begitu juga sehingga jiran-jirannya atau orang sekitarnya selesa dan aman dengannya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2037, hadis no. 10258. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya seseorang itu, tidaklah seorang Mukmin sehingga hatinya dan lidahnya sama, juga lidah dan hatinya sama, dan tidak bertentangan antara perkataannya dan juga perbuatannya, begitu juga sehingga jiran-jirannya atau orang sekitarnya selesa dan aman dengannya. [Riwayat al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5304]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman