Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن العبدَ لَيُذْنِبُ الذَّنْبَ، فيَدْخُلُ به الجنةَ، قيل: كيف ؟ قال: يكونُ نُصْبَ عَيْنَيْهِ ثابتًا قارًّا حتى يَدْخُلَ به الجنةَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya seseorang hamba pasti akan berdosa sesuatu dosa, lalu dia masuk dengan sebabnya akan Syurga. Dikatakan: Bagaimana? Baginda bersabda: Ia menjadi tertegak di hadapan dua matanya sebagai peneguh dan penunduk, sehingga dia masuk dengan sebabnya akan Syurga.
Sahabat Perawi
- al-Hasan
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1995, hadis no. 9999. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الحسن مرفوعا: «إن العبد ليذنب الذنب، فيدخل به الجنة»، قيل: كيف؟ قال: «يكون نصب عينيه ثابتا قارا حتى يدخل به الجنة». [ابن المبارك، «الضعيفة» (2031)].
(Lemah) Daripada al-Hasan, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya seseorang hamba pasti akan berdosa sesuatu dosa, lalu dia masuk dengan sebabnya akan Syurga”. Dikatakan: Bagaimana? Baginda bersabda: “Ia menjadi tertegak di hadapan dua matanya sebagai peneguh dan penunduk, sehingga dia masuk dengan sebabnya akan Syurga”. [Riwayat Ibnu al-Mubarak. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2031].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman