Sesungguhnya seseorang hamba akan berdoa kepada Allah sedangkan Dia menyayanginya

TEKS BAHASA ARAB

إن العبد يدعو الله وهو يحبه، فيقول الله -عز وجل-: يا جبريل! اقض لعبدي هذا حاجته وأخرها؛ فإني أحب أن لا أزال أسمع صوته، وإن العبد ليدعو الله وهو يبغضه، فيقول الله -عز وجل-: يا جبريل! اقض لعبدي هذا حاجته وعجلها؛ فإني أكره أن أسمع صوته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seseorang hamba akan berdoa kepada Allah sedangkan Dia menyayanginya, maka akan berkata Allah azza wa jalla: Wahai Jibril! Tunaikan untuk hamba-Ku ini hajatnya dan tangguhkan ia; kerana Aku suka untuk berterusan mendengar suaranya. Dan sesungguhnya seseorang hamba pasti berdoa kepada Allah sedangkan Dia membencinya, maka akan berkata Allah azza wa jalla: Wahai Jibrail! Tunaikan untuk hambaku ini hajatnya dan segerakannya; kerana Aku benci untuk mendengar suaranya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1995, hadis nombor 10000. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن جابر بن عبدالله -رضي الله عنهما مرفوعا: «إن العبد يدعو الله وهو يحبه، فيقول الله -عز وجل-: يا جبريل! اقض لعبدي هذا حاجته وأخرها؛ فإني أحب أن لا أزال أسمع صوته، وإن العبد ليدعو الله وهو يبغضه، فيقول الله -عز وجل-: يا جبريل! اقض لعبدي هذا حاجته وعجلها؛ فإني أكره أن أسمع صوته».
[طس، الطبراني في «الدعاء»، «الضعيفة» (2297)].

(Sangat Lemah)
Daripada Jabir bin Abdillah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya seseorang hamba akan berdoa kepada Allah sedangkan Dia menyayanginya, maka akan berkata Allah azza wa jalla: Wahai Jibril! Tunaikan untuk hamba-Ku ini hajatnya dan tangguhkan ia; kerana Aku suka untuk berterusan mendengar suaranya. Dan sesungguhnya seseorang hamba pasti berdoa kepada Allah sedangkan Dia membencinya, maka akan berkata Allah azza wa jalla: Wahai Jibrail! Tunaikan untuk hambaku ini hajatnya dan segerakannya; kerana Aku benci untuk mendengar suaranya”.
[Riwayat al-Mu’jam al-Awsat, al-Tabarani dalam “Ad-Dua”. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2297].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs