Sesungguhnya seseorang daripada kamu jika ingin keluar daripada masjid maka datanglah tentera iblis

TEKS BAHASA ARAB

إن أحدكم إذا أراد أن يخرج من المسجد تداعت جنود إبليس وأجلبت واجتمعت كما تجتمع النحل على يعسوبها، فإذا قام أحدكم على باب المسجد فليقل: اللهم إني أعوذ بك من إبليس وجنوده؛ فإنه إذا قالها لم يضره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seseorang daripada kamu jika ingin keluar daripada masjid maka datanglah tentera iblis lalu berkumpul seperti mana lebah menghurung ratuya, jika salah seorang daripada kamu berdiri di pintu masjid maka hendaklah dia berkata: Ya Allah aku berlindung kepadamu daripada iblis dan tenteranya. Sesungguhnya jika dia menyebutkannya (doa ini) maka iblis tidak akan dapat memudaratkannya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 737, hadis nombor 3768. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – عن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((إن أحدكم إذا أراد أن يخرج من المسجد تداعت جنود إبليس وأجلبت واجتمعت كما تجتمع النحل على يعسوبها، فإذا قام أحدكم على باب المسجد فليقل: اللهم إني أعوذ بك من إبليس وجنوده؛ فإنه إذا قالها لم يضره)). [ابن السني، فر، ((الضعيفة)) (2967)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Umamah RA daripada Nabi SAW berkata: Sesungguhnya seseorang daripada kamu jika ingin keluar daripada masjid maka datanglah tentera iblis lalu berkumpul seperti mana lebah menghurung ratunya, jika salah seorang daripada kamu berdiri di pintu masjid maka hendaklah dia berkata: Ya Allah aku berlindung kepadamu daripada iblis dan tenteranya. Sesungguhnya jika dia menyebutkannya (doa ini) maka iblis tidak akan dapat memudaratkannya.
[Riwayat Ibn Sunni dan al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2967]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs