Sesungguhnya serendah-rendah riyak ialah syirik

TEKS BAHASA ARAB

إن أدنى الرياء شرك، وأحب العبيد إلى الله تبارك وتعالى الأتقياء الأخفياء، الذين إذا غابوا لم يفتقدوا، وإذا شهدوا لم يعرفوا، أولئك أئمة الهدى ومصابيح العلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya serendah-rendah riyak ialah syirik. Manakala hamba yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah yang bertakwa dan tersembunyi, yang mereka ini apabila hilang, mereka tidak dicari dan apabila mereka hadir, mereka tidak dikenali. Mereka inilah pemimpin hidayah dan penyuluh ilmu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 465, hadis nombor 2494. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: مر عمر بمعاذ بن جبل – رضي الله عنهما – وهو يبكي فقال: ما يبكيك؟ فقال: حديث سمعته من رسول الله ﷺ: «إن أدنى الرياء شرك، وأحب العبيد إلى الله تبارك وتعالى الأتقياء الأخفياء، الذين إذا غابوا لم يفتقدوا، وإذا شهدوا لم يعرفوا، أولئك أئمة الهدي ومصابيح العلم». [طب، عد، حل، الشاشي في «مسنده»، ك، البيهقي في «الزهد»، «الضعيفة» (2975)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: Umar melintasi Mu‘az bin Jabal RA dalam keadaan beliau sedang menangis. Maka Umar bertanya: “Apa yang menyebabkan kamu menangis?” Mu‘az menjawab: “Satu hadis yang aku dengar daripada Rasulullah ﷺ: “Sesungguhnya serendah-rendah riyak ialah syirik. Manakala hamba yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah yang bertakwa dan tersembunyi, yang mereka ini apabila hilang, mereka tidak dicari dan apabila mereka hadir, mereka tidak dikenali. Mereka inilah pemimpin hidayah dan penyuluh ilmu”. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, Abu Nu‘aym dalam al-Hilyah, al-Shashi dalam Musnadnya, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Bayhaqi dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2975].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs