Sesungguhnya serendah-rendah kedudukan ahli syurga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن أدنى أهل الجنة منزلة لرجل له دار من لؤلؤة واحدة منها غرفها وأبوابها، وإن أدنى أهل النار عذابا لرجل عليه نعلان من نار يغلي منهما دماغه كما يغلي المرجل، مسامعه جمر، وأضراسه جمر، وأشفاره لهب النار، وتخرج أحشاؤه من جنبيه وقدميه، وسائرهم كالحب القليل في الماء الكثير يفور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya serendah-rendah kedudukan ahli syurga adalah orang yang mempunyai rumah dari sebiji mutiara yang bilik-bilik dan pintu-pintunya diperbuat daripadanya. Seringan-ringan azab ahli neraka pula adalah seseorang yang dipakaikan selipar yang diperbuat daripada api yang menyebabkan otaknya menggelegak seperti cerek pemanas air, telinganya menjadi bara dan geraham juganya menjadi bara serta bibirnya adalah nyalaan api neraka. Lalu keluarlah isi perutnya dari kedua sisi dan kakinya dan kesemua mereka seperti biji-bijian yang sedikit di dalam air banyak yang mendidih.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 659, hadis nombor 3402. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبيد بن عمير، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن أدنى أهل الجنة منزلة لرجل له دار من لؤلؤة واحدة منها غرفها وأبوابها، وإن أدنى أهل النار عذابا لرجل عليه نعلان من نار يغلي منهما دماغه كما يغلي المرجل، مسامعه جمر، وأضراسه جمر، وأشفاره لهب النار، وتخرج أحشاؤه من جنبيه وقدميه، وسائرهم كالحب القليل في الماء الكثير يفور)). [أسد في ((الزهد))، هناد، ((الضعيفة)) (2976)]

(Lemah) Daripada Ubaid bin Umair berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya serendah-rendah kedudukan ahli syurga adalah orang yang mempunyai rumah dari sebiji mutiara yang bilik-bilik dan pintu-pintunya diperbuat daripadanya. Seringan-ringan azab ahli neraka pula adalah seseorang yang dipakaikan selipar yang diperbuat daripada api yang menyebabkan otaknya menggelegak seperti cerek pemanas air, telinganya menjadi bara dan geraham juganya menjadi bara serta bibirnya adalah nyalaan api neraka. Lalu keluarlah isi perutnya dari kedua sisi dan kakinya dan kesemua mereka seperti biji-bijian yang sedikit di dalam air banyak yang mendidih.” [ٌRiwayat Asad dan Hannad dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2976]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.