Sesungguhnya seorang yang melaksanakan ribat di jalan Allah

TEKS BAHASA ARAB

إن المرابط في سبيل الله أعظم أجرا من رجلك جمع كعبيه بوتاد شهر صامه وقامه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seorang yang melaksanakan ribat (bersedia menghadapi musuh di perbatasan) di jalan Allah, pasti beroleh ganjaran yang lebih agung berbanding seorang lelaki yang menghimpunkan seluruh fokus dan tenaganya berpuasa dan mendirikan malam dengan ibadah selama sebulan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1029, hadis nombor 5281. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – قال: قال – صلى الله عليه وسلم -: ((إن المرابط في سبيل الله أعظم أجرا من رجلك جمع كعبيه بوتاد شهر صامه وقامه)). [هب، ((الضعيفة)) (7105)]

(Munkar)
Daripada Abu Umamah RA berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya seorang yang melaksanakan ribat (bersedia menghadapi musuh di perbatasan) di jalan Allah, pasti beroleh ganjaran yang lebih agung berbanding seorang lelaki yang menghimpunkan seluruh fokus dan tenaganya berpuasa dan mendirikan malam dengan ibadah selama sebulan.”
[Riwayat al-Bayhaqi di dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 7105]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs