Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ المُرابطَ في سبيلِ اللهِ أعظمُ أجرًا من رجلٍ جمعَ كعبيْهِ بوِتَادِ شهرٍ صامَهُ وقامهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya seorang yang melaksanakan ribat (bersedia menghadapi musuh di perbatasan) di jalan Allah, pasti beroleh ganjaran yang lebih agung berbanding seorang lelaki yang menghimpunkan seluruh fokus dan tenaganya berpuasa dan mendirikan malam dengan ibadah selama sebulan.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1029, hadis no. 5281. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي أمامة - رضي الله عنه - قال: قال - صلى الله عليه وسلم -: ((إن المرابط في سبيل الله أعظم أجرا من رجلك جمع كعبيه بوتاد شهر صامه وقامه)). [هب، ((الضعيفة)) (7105)]
(Munkar) Daripada Abu Umamah RA berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya seorang yang melaksanakan ribat (bersedia menghadapi musuh di perbatasan) di jalan Allah, pasti beroleh ganjaran yang lebih agung berbanding seorang lelaki yang menghimpunkan seluruh fokus dan tenaganya berpuasa dan mendirikan malam dengan ibadah selama sebulan.” [Riwayat al-Bayhaqi di dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 7105]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman