Sesungguhnya seorang yang mati itu mengetahui siapa yang mengangkatnya, memandikannya dan siapa yang menurunkannya ke kuburnya

TEKS BAHASA ARAB

إن الميت يعرف من يحمله، ومن يغسله، ومن يدليه في قبره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seorang yang mati itu mengetahui siapa yang mengangkatnya, memandikannya dan siapa yang menurunkannya ke kuburnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1734, hadis nombor 8725. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه-: أن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: ((إن الميت يعرف من يحمله، ومن يغسله، ومن يدليه في قبره.)) [حم، خط، الخطيب في ((الموضح))، الرافعي، ابن أبي الدنيا في ((المنامات))، التنوخي في ((حديث القاضي أحمد بن علي المروزي))، ((الضعيفة)) (3152)].

(Lemah)
Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, bahawa Nabi SAW bersabda: ((Sesungguhnya seorang yang mati itu mengetahui siapa yang mengangkatnya, memandikannya dan siapa yang menurunkannya ke kuburnya.))
[Riwayat Musnad Ahmad, al-Khatib dalam al-Tarikh, al-Khatib dalam al-Muwaddih, al-Rafi’i, Ibn Abi al-Dunia dalam al-Manamat dan al-Tanukhi dalam Hadith al-Qadhi Ahmad bin Ali al-Marwazi. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3152].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.