Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ المؤمنَ إذا مات تجمَّلتِ المقابرُ لموتِه ، فليسَ منها بقعةٌ إلَّا وهي تتمنَّى أن يُدفنَ فيها ، وإنَّ الكافرَ إذا مات أظلَمتِ المقابرُ لموتِه ، فليسَ فيها بقعةٌ إلَّا وهي تَستجيرُ باللهِ : أن لا يُدفنَ فيها.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya seorang yang beriman jika dia mati, perkuburan akan menjadi indah kerana kematiannya. Maka tidak ada sepotong tanah pun melainkan ia mengharap untuk ditanam orang yang beriman itu padanya. Jika seseorang yang kafir mati pula, perkuburan akan menjadi gelap kerana kematiannya. Maka tidak ada sepotong tanah pun melainkan ia berlindung kepada Allah supaya anganlah ditanam orang itu padanya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1733, hadis no. 8723. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عبد الله بن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إن المؤمن إذا مات تجملت المقابر لموته، فليس منها بقعة إلا وهي تتمنى أن يدفن فيها، وإن الكافر إذا مات أظلمت المقابر لموته، فليس فيها بقعة إلا وهي تستجير بالله: أن لا يدفن فيها.)) [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3140)]
(Sangat Lemah) Daripada Abdullah bin Umar RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesungguhnya seorang yang beriman jika dia mati, perkuburan akan menjadi indah kerana kematiannya. Maka tidak ada sepotong tanah pun melainkan ia mengharap untuk ditanam orang yang beriman itu padanya. Jika seseorang yang kafir mati pula, perkuburan akan menjadi gelap kerana kematiannya. Maka tidak ada sepotong tanah pun melainkan yang berlindung kepada Allah supaya janganlah ditanam orang itu padanya.)) [Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3140].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman