Sesungguhnya seorang yang beriman akan terpukul wajahnya dengan ujian

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن المؤمن يضرب وجهه بالبلاء كما يضرب وجه البعير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seorang yang beriman akan terpukul wajahnya dengan ujian seperti terpukulnya wajah unta.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2013, hadis nombor 10101. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: إن المؤمن يضرب وجهه بالبلاء كما يضرب وجه البعير.
[خط، ((الضعيفة)) (3141)]

(Palsu)
Daripada Ibn Abbas RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya seorang yang beriman akan terpukul wajahnya dengan ujian seperti terpukulnya wajah unta.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3141]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.