Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ المؤمنَ يُضربُ وجهُه بالبلاءِ كما يضربُ وجهُ البعيرِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya seorang yang beriman akan terpukul wajahnya dengan ujian seperti terpukulnya wajah unta.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2013, hadis no. 10101. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: إن المؤمن يضرب وجهه بالبلاء كما يضرب وجه البعير. [خط، ((الضعيفة)) (3141)]
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya seorang yang beriman akan terpukul wajahnya dengan ujian seperti terpukulnya wajah unta. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3141]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman