Sesungguhnya seorang wanita itu ketika waktu kehamilannya sehinggalah dia melahirkan anak

TEKS BAHASA ARAB

إن للمرأة في حملها إلى وضعها، إلى فصالها من الأجر كالمتشحط في سبيل الله، فإن هلكت فيما بين ذلك؛ فلها أجر الشهيد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seorang wanita itu ketika waktu kehamilannya sehinggalah dia melahirkan anak dan memisahkan tempoh susuan dari bayinya itu mendapat pahala seperti orang yang berjuang di jalan Allah. Sekiranya dia meninggal dunia dalam tempoh itu, maka baginya pahala seorang syahid.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 960, hadis nombor 4955. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عمر – رضي الله عنهما – عن النبي ﷺ قال: إن للمرأة في حملها إلى وضعها إلى فصالها من الأجر كالمتشحّط في سبيل الله، فإن هلكت فيما بين ذلك فلها أجر الشهيد.
[عبد بن حميد، ((الضعيفة)) (6047)].

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya seorang wanita itu ketika waktu kehamilannya sehinggalah dia melahirkan anak dan memisahkan tempoh susuan dari bayinya itu mendapat pahala seperti orang yang berjuang di jalan Allah. Sekiranya dia meninggal dunia dalam tempoh itu, maka baginya pahala seorang syahid.
[Riwayat ‘Abd bin Humaid dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6047].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs