Sesungguhnya seorang wanita apabila dia keluar dari rumahnya sedangkan suaminya tidak menyukai perbuatan itu

TEKS BAHASA ARAB

إن المرأة إذا خرجت من بيتها وزوجها كاره لذلك لعنها كل ملك في السماء وكل شيء مرت عليه غير الجن والإنس حتى ترجع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seorang wanita apabila dia keluar dari rumahnya sedangkan suaminya tidak menyukai perbuatan itu, maka seluruh malaikat di langit dan segala apa yang melintasinya akan melaknatnya, kecuali jin dan manusia, sehinggalah dia kembali semula ke rumahnya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 918, hadis nombor 4706. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إن المرأة إذا خرجت من بيتها وزوجها كاره لذلك لعنها كل ملك في السماء وكل شيء مرت عليه غير الجن والإنس حتى ترجع)).
[طس، ((الضعيفة)) (1102)].

(Sangat Lemah)
Diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya seorang wanita apabila dia keluar dari rumahnya sedangkan suaminya tidak menyukai perbuatan itu, maka seluruh malaikat di langit dan segala apa yang melintasinya akan melaknatnya, kecuali jin dan manusia, sehinggalah dia kembali semula ke rumahnya.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1102]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.