Sesungguhnya seorang suami hidup bersama isterinya selama empat puluh tahun

TEKS BAHASA ARAB

تعيشوا بنسائكم، فإن الرجل يعيش مع امرأته أربعين سنة، فإن شاء أفسدها، وإن شاء أصلحها، فإن المرأة خلقت من ضلع، إن بل شهرين لم يلن، وإن أقيم لم يستقم، فعاشروهن بأخلاقهن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hiduplah bersama isteri kamu. Sesungguhnya seorang suami hidup bersama isterinya selama empat puluh tahun. Sekiranya dia mahu, maka dia akan merosakkannya (isteri). Dan sekiranya dia mahu, dia akan memperelokkannya (isteri). Sesungguhnya wanita itu dicipta daripada tulang rusuk. Sekiranya ia dibasahkan selama dua bulan, dia tidak akan lembut. Dan sekiranya diluruskan, dia tidak akan lurus. Maka bergaullah bersama mereka dengan sesuai dengan akhlak mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 110, hadis nombor 568. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن المقدام بن معدي كرب – رضي الله عنه -، قال: سمعتُ رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: تعيشوا بنسائكم، فإن الرجل يعيش مع امرأته أربعين سنة، فإن شاء أفسدها، وإن شاء أصلحها، فإن المرأة خلقت من ضلع، إن بل شهرين لم يلن، وإن أقيم لم يستقم، فعاشروهن بأخلاقهن.
[الطبراني في ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5545)]

(Lemah)
Daripada al-Miqdam ibn Ma‘dī Karb RA berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Hiduplah bersama isteri kamu. Sesungguhnya seorang suami hidup bersama isterinya selama empat puluh tahun. Sekiranya dia mahu, maka dia akan merosakkannya (isteri). Dan sekiranya dia mahu, dia akan memperelokkannya (isteri). Sesungguhnya wanita itu dicipta daripada tulang rusuk. Sekiranya ia dibasahkan selama dua bulan, dia tidak akan lembut. Dan sekiranya diluruskan, dia tidak akan lurus. Maka bergaullah bersama mereka dengan sesuai dengan akhlak mereka.”
[Riwayat oleh al-Ṭabarani dalam Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5545]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs