Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تَعَيَّشُوا بِنِسَائِكِمْ، فَإِنَّ الرَّجُلَ يَعِيشَ مَعَ امْرَأَتِهِ أَرْبَعِينَ سَنَةً، فَإِنْ شَاءَ أَفْسَدَهَا، وَإِنْ شَاءَ أَصْلَحَهَا، فَإِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلْعٍ، إِنْ بُلَّ شَهْرَيْنِ لَمْ يَلِنْ، وَإِنْ أُقِيمَ لَمْ يَسْتَقِمْ، فَعَاشِرُوهُنَّ بِأَخْلاقِهِنَّ.
Teks Bahasa Melayu
Hiduplah bersama isteri kamu. Sesungguhnya seorang suami hidup bersama isterinya selama empat puluh tahun. Sekiranya dia mahu, maka dia akan merosakkannya (isteri). Dan sekiranya dia mahu, dia akan memperelokkannya (isteri). Sesungguhnya wanita itu dicipta daripada tulang rusuk. Sekiranya ia dibasahkan selama dua bulan, dia tidak akan lembut. Dan sekiranya diluruskan, dia tidak akan lurus. Maka bergaullah bersama mereka dengan sesuai dengan akhlak mereka.
Sahabat Perawi
- al-Miqdam bin Ma‘dī Karb RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 110, hadis no. 568. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن المقدام بن معدي كرب - رضي الله عنه -، قال: سمعتُ رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول: تعيشوا بنسائكم، فإن الرجل يعيش مع امرأته أربعين سنة، فإن شاء أفسدها، وإن شاء أصلحها، فإن المرأة خلقت من ضلع، إن بل شهرين لم يلن، وإن أقيم لم يستقم، فعاشروهن بأخلاقهن. [الطبراني في ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5545)]
(Daif) Daripada al-Miqdam ibn Ma‘dī Karb RA berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Hiduplah bersama isteri kamu. Sesungguhnya seorang suami hidup bersama isterinya selama empat puluh tahun. Sekiranya dia mahu, maka dia akan merosakkannya (isteri). Dan sekiranya dia mahu, dia akan memperelokkannya (isteri). Sesungguhnya wanita itu dicipta daripada tulang rusuk. Sekiranya ia dibasahkan selama dua bulan, dia tidak akan lembut. Dan sekiranya diluruskan, dia tidak akan lurus. Maka bergaullah bersama mereka dengan sesuai dengan akhlak mereka.” [Riwayat oleh al-Ṭabarani dalam Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5545]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman