Sesungguhnya seorang Nabi tidak akan meninggal sehingga sebahagian umatnya mengimamkannya

TEKS BAHASA ARAB

عن عبد الله بن الزبير قال: بينا نحن جلوس عند عمر، إذ دخل علي والعباس رضي الله عنهما قد ارتفعت أصواتهما، فقال عمر: مه يا عباس! قد علمت ما تقول، تقول: ابن أخي، ولى شطر المال، وقد علمت ما تقول يا علي! تقول: ابنته تحتي، ولها شطر المال، وهذا ما كان في يدي رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فقد رأينا كيف كان يصنع فيه، فوليه أبو بكر رضي الله عنه من بعده، فعمل فيه بعمل رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، ثم وليته من بعد أبي بكر رضي الله عنه، فأحلف بالله لأجهدن أن أعمل فيه بعمل رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وعمل أبي بكر. ثم قال: حدثني أبو بكر رضي الله عنه، وحلف بأنه لصادق أنه سمع النبي – صلى الله عليه وسلم – يقول: (إن النبي لا يورث، وإنما ميراثه في فقراء المسلمين والمساكين)، وحدثني أبو بكر رضي الله عنه – وحلف بالله: إنه صادق – أن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: "إن النبي لا يموت حتى يؤمه بعض أمته"، وهذا ما كان في يدي رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فقد رأينا كيف كان يصنع فيه، فإن شئتما أعطيتكما لتعملا فيه بعمل رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وعمل أبي بكر حتى أدفعه إليكما، قال: فخلوا. فجاءا، فقال العباس: ادفعه إلى علي، فإني قد طبت نفساً به له


TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Abdullah bin al-Zubair RA berkata: “Ketika kami sedang duduk duduk di sisi Umar, tiba-tiba Ali dan Abbas datang dengan nada suara yang tinggi. Maka Umar berkata: Diam wahai Abbas! Aku sudah tahu apa yang akan kamu katakan. Kamu ingin katakan: Anak saudaraku dan aku mendapat separuh harta. Dan aku juga sudah tahu apa yang akan kamu katakan wahai Ali! Kamu ingin mengatakan: Anak perempuannya berada di bawah asuhanku, maka baginya separuh harta dan ini yang terjadi pada zaman Rasulullah SAW. Maka kami telah melihat bagaimana Baginda memutuskan dalam hal seperti ini. Kemudian Abu Bakar meneruskan setelah Rasulullah dan melakukan apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah. Kemudian aku meneruskan selepas kewafatan Abu Bakar, maka aku bersumpah dengan nama Allah untuk bersungguh-sungguh memutuskan hal ini sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah dan Abu Bakar. Kemudian dia berkata: Abu Bakar telah menceritakan kepada aku dan bersumpah bahawa dia bercakap benar yang mana dia telah mendengar daripada Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya nabi itu tidak diwarisi harta peninggalannya, akan tetapi ia dibagikan kepada orang-orang fakir dan miskin daripada kaum muslimin. Abu Bakar telah menceritakan kepada aku dan bersumpah dengan nama Allah bahawa dia benar, adapun Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya seorang Nabi tidak akan meninggal sehingga sebahagian umatnya mengimamkannya. Dan (harta) ini pernah ada di kedua tangan Rasulullah SAW dan kami telah melihatnya bagaimana Baginda melakukannya dalam hal ini, Jika kamu inginkannya aku akan berikan kepada kamu berdua supaya kamu boleh melakukan sesuai dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah dan Abu Bakar sehingga aku berikan kepada kamu berdua. Abdullah bin al-Zubair berkata: Maka keduanya berlalu pergi, kemudian keduanya datang kembali. Abbas berkata: Berikanlah kepada Ali kerana sesungguhnya jiwaku menjadi tenteram untuk diberikan kepada Ali.”


STATUS

Lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1681, hadis nombor 8477. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Al-Zubayr RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Musnad Ahmad.

Ia dinilai lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs