Sesungguhnya seorang muslim itu apabila dia bertemu dengan saudaranya lalu memegang tangannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن المسلم إذا لقي أخاه فأخذ بيده تحاتت ذنوبهما كما يتحات الورق اليابس من الشجر في يوم عاصف وإلا غفر لهما وإن كانت ذنوبهما مثل زبد البحر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seorang muslim itu apabila dia bertemu dengan saudaranya lalu memegang tangannya, nescaya akan gugur dosa-dosa keduanya seperti mana gugurnya daun-daun daripada pokok yang kering pada hari angin kencang. Sekiranya tidak, akan diampunkan mereka berdua, sekalipun dosa-dosa mereka seperti buih-buih di lautan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 151 hadis nombor 761. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن سلمان رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: إن المسلم إذا لقي أخاه فأخذ بيده تحاتت ذنوبهما كما يتحات الورق اليابس من الشجر في يوم عاصف وإلا غفر لهما وإن كانت ذنوبهما مثل زبد البحر.
[طب، ((الضعيفة)) (6663)]

(Sangat lemah)
Daripada Salman RA beliau berkata, Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya seorang muslim itu apabila dia bertemu dengan saudaranya lalu memegang tangannya, nescaya akan gugur dosa-dosa keduanya seperti mana gugurnya daun-daun daripada pokok yang kering pada hari angin kencang. Sekiranya tidak, akan diampunkan mereka berdua, sekalipun dosa-dosa mereka seperti buih-buih di lautan.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6663]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.