Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ المسلمَ إذا لَقِيَ أخاهُ فأخذَ بيدِه تحاتتْ ذنوبَهما كما يتحاتُّ الورقُ اليابسُ من الشجرِ في يومٍ عاصفٍ وإلا غُفِرَ لهما وإن كانت ذنوبُهما مثلَ زَبَدِ البحرِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya seorang muslim itu apabila dia bertemu dengan saudaranya lalu memegang tangannya, nescaya akan gugur dosa-dosa keduanya seperti mana gugurnya daun-daun daripada pokok yang kering pada hari angin kencang. Sekiranya tidak, akan diampunkan mereka berdua, sekalipun dosa-dosa mereka seperti buih-buih di lautan.
Sahabat Perawi
- Salman al-Farisi RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 151, hadis no. 761. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن سلمان - رضي الله عنه -، قال: قال صلى الله عليه وسلم: (( إن المسلم إذا لقي أخاه فأخذ بيده تحاتت ذنوبهما كما يتحات الورق اليابس من الشجر في يوم عاصف وإلا غفر لهما وإن كانت ذنوبهما مثل زبد البحر)). [طب، ((الضعيفة)) (6663)]
(Terlalu Daif) Daripada Salman RA beliau berkata, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang muslim itu apabila dia bertemu dengan saudaranya lalu memegang tangannya, nescaya akan gugur dosa-dosa keduanya seperti mana gugurnya daun-daun daripada pokok yang kering pada hari angin kencang. Sekiranya tidak, akan diampunkan mereka berdua, sekalipun dosa-dosa mereka seperti buih-buih di lautan”. [Riwayat Al-Tabarani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6663]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman